i can`t be perfect .
Friday, 8 February 2013 | 03:03 | 0 Comments
Assalammualaikum .
semua manusia melakukan kesalahan . kalau tak manakan ada pepatah melayu yang berbunyi kesalahan itu tanda kehidupan . manusia hanya pandai menilai luaran berbanding dalaman . manusia yang bertopengkan muka yang suci tidak membawa erti jika hatinya bersifat keji . bagi aku , kadang-kadang hidup ini tidak adil . kita dipersalahankan atas kesalahan orang lain . hanya kerana kecuaian yang sebesar hama , kita dihukum dengan hukuman yang tiada jalan keluarnya . aku bukan ingin melawan takdir , tapi jika ini jalanku , aku terima dengan redha .
aku tak pernah berniat untuk menjauhi , apatah lagi membenci . kau orang yang aku sayang , orang yang selama ini ada disamping aku , kaulah yang mengajar aku betapa besarnya nilai sebuah kebahagian . dahulu aku selalu merasakan bahawa aku adalah orang pertama di hati kau , aku selalu bersaing untuk merebut carta paling tinggi yang memegang gelaran juara . kau ikuti kemahuanku . kau ketawa melihat tingkah lakuku . aku gembira melihat kau tersenyum , tambahan pula jika aku punca kau sedemikian . hati aku menjadi bangga .
namun sejak adanya dia , aku merasakan kedudukanku jatuh di tangga kedua . kau sepertinya sudah ada pengganti yang sentiasa menemani . gurauanku , manjaku , keletahku bagaikan angin yang berlalu sepi . kau hiraukan aku . di saat itu , aku merasakan diri ini telah di humban ke lembah sunyi . ke lembah dimana hanya ada aku bersendirian tanpa ada sesiapa yang peduli . disitu , aku meratapi nasib diriku . pada siapakah ingin aku mengadu ? adakah aku insan yang malang itu ? hatiku menjawab ya . aku mengalirkan air mata setiap kali melihat kebahagian yang dahulunya sentiasa mengiringi hari-hariku telah dirampas orang . senyuman yang dahulunya hanya mekar jika aku ada kini tidak lagi sama . setiap apa yang terjadi , dia akan kau dahulukan dan aku akan kau kemudiankan . adilkah ? adakah kerana aku yang dahulu mengenal dunia , aku jadi begini ?
perasaan ! ya , kerana perasaan cemburu , marah dan dengki aku sentiasa melakukan sesuatu supaya perhatian kau hanya tertumpu padaku . tetapi apakan daya , gelaran yang sentiasa membuatkan aku mendabik dada kini tidak lagi aku miliki . siapakah aku dihatimu ? adakah masih yang dahulu atau sudah diganti yang baru ? andainya aku sedang tidur lena , sedarkan aku , katakan padaku bahawa hanya aku yang bermimpi . katakan padaku bahawa keadaan masih seperti dulu dan tiada apa yang baharu . katakan padaku hanya aku yang satu dihatimu .





Meet the owner here 


