when the school start .
Thursday, 10 January 2013 | 00:12 | 0 Comments
11 hari duduk di asrama rasa macam lamaaaaaaaaa sangat . 11 hari menghitung hari nak balik . (ayat budak form 1 kayy ) . minggu first je dah macam-macam drama yang jadi . bukan setakat minggu first , HARI first pun aku dah kena macam-macam . memang sebuah kejayaan bermula dengan kesusahan eh ? har har har . bermula dari bangun tidur , sampai laa tidur semula . hm yang bangun tidur ni boleh diterima lagi cuma tudung sekolah aku yang ala-ala kain sutera celup downy 10 kali ( terlalu lembut tahap dewa ) tu buat mood aku macam ptffffffff . 10 minit nak bela bentuk tudung tu aje --'' . perempuan kalau tudung tak elok memang masalah negara kan kan kan ?
memang menjadi sunat muakat sekolah aku tiap hari selasa dengan khamis akan mengadakan program dear iaitu program membaca dan mengulas oleh para pelajar . rutin harian pelajar bahaman ialah semasa orang membaca mereka akan berborak dan semasa orang mengulas mereka akan mengutuk pengulas . nampak keserasiannyaa disitu o.O . tetapi malang yang langsung tidak berbaur . pelajar malang itu ialah aku . memang sedap tengok aku tergagap-gagap atas pentas tu kan ? sedap sangat -.- .
oleh kerana cuti 1 bulan lebih tahun lepas tidak digunakan ke arah yang berfaedah dan berhemah maka 11 hari minggu awal persekolah itu hanya digunakan untuk menyiapkan kerja-kerja sekolah yang langsung tidak berusik . test pad yang aku jangka boleh digunakan dalam masa sebulan hanya cukup untuk 3 hari ! . hm hambekk kau sampai bengkak-bengkak jari menulis . bahana laa tu kan ? jari terkejut agaknya -.- .
aku berazam untuk TIDAK MEMBAWA PHONE KE ASRAMA . itu azam je bukan janji kayy . aku nak baiki semula sikap aku yang macam haram tahun menjadi lebih halal . nak siap kan semua nota-nota tahun lepas sebelum mula buat nota tahun ni . terutama nota bio . tak daya bila cikgu berganti nanti hantar nota tiap minggu --'' . penderitaan 5 farabi akan di rasai oleh 5 biruni beberapa bulan sahaja lagi . bersabar lah :)




Meet the owner here 


