// Syafiza


welcome home .
Sunday, 11 November 2012 | 00:27 | 0 Comments

Assalammualaikum .


alhamdulillah semalam mak dengan abah selamat sampai ke Malaysia dari tanah suci Mekah . kalau tak silap aku 44 hari rasanya parents aku pergi sana . jadi , selama itu jugak aku tinggal dengan angah dan abang . selama itu jugak hampir setiap hari aku makan nasi bungkus dan tak buat langsung kerja-kerja rumah ni . hehe . jujur aku kata , aku malas :3 .

hmm , semalam.... mak aii , dekat area penerbangan dalam negeri tu ( aku tak tahu kenapa jemaah haji keluar dari situ , bukan sepatutnya antarabangsa ke ? ) ramai gila manusia . semuanyaa nak duduk depan , macam itu jugak aku . hehehe . bila jemaah first keluar semua orang dah on camera . well , bukan nak tangkap gambar orang tu , tapi nak siap-siap tangkap gambar family dia orang yang pergi haji tu kod . tengah-tengah elok tunggu abah dengan mak masa tu , tiba-tiba keluar laa sepasang pakcik dengan makcik ni datang dekat area aku , family aku sebelah family dia agaknya . sampai je dekat situ , terus sorang perempuan ni ( anak dia kod ) peluk pakcik dengan makcik tadi . haishhh , aku lemah betul kalau orang buat drama air mata depan aku . mata aku dah bergenang dah ni . tunggu nak tumpah je . aku rindu makkkkkkk ! . rindu abahhhhhhh ! . oke fiza , chill , parents kau tak keluar lagi tu .

makin lama makin kurang orang area tempat aku berdiri tu , masa tu laa aku nampak abah dengan mak keluar dari pintu tu . terus kakak jerit "abahhhhhhh ! makkkkkkk ! dekat sini" haaa . kakak aku bab-bab menjerit ni memang dia pakar sikit :3 . maka , abah dengan mak yang terdengar suara ala-ala "tarzan" kakak tu ( mati kau kalau kakak baca ni ) pun berpaling laa ke arah kami sambil menolak troli yang gedabak tu .  kemudian , berlangsung laa seisi air mata , air hingus dan bla bla bla . hehe .

lepas saje keluar dari klia , kami pergi isi perut dekat restoran yang berdekatan . oleh kerana hari semalam hari jadi abah (10 / 11 ) pada sebelah malam tadi , kami buat laa makan-makan sikit dekat rumah . macam-macam abah cerita pengalaman dia dekat sana . takut jugak dengar ada yang mati kena pijak masa tawaf . abah dua kali kena himpit . nasib baik laa tak jadi apa-apa . aku tak boleh bayangkan perasan anak orang-orang yang meninggal dekat sana . mak kata , setiap hari ada orang meninggal . hm . dari semalam sampai laa hari ni , orang tak putus-putus datang rumah ziarah mak dengan abah .













Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post