a memory to share .
Wednesday, 7 November 2012 | 23:58 | 0 Comments
Assalammualaikum .
sehari je lagi sekolah nak habis . bukan nak kata aku tak excited nak cuti 2 bulan . tapi memang tak excited pun --'' ( wahh ayat manyak keling ) . oleh kerana tahun ini aku dengan rasminya menjadi pelajar outsider yang mana tidak lagi perlu bermalas-malasan pulang ke asrama 2 minggu sekali , maka keghairahan nak bercuti panjang tu macam tak hadokk je aku tengok . kalau dulu sehari je sebelum musim persekolahan habis , semua barang sudah beres dikemas . loker dah clean and clear . baju kurung yang gedavassss dok pakat pinjam-pinjam tu semua sudah dipulangkan kepada pemilik yang asal . ( aku dekat asrama memang jeles tengok orang pakai baju kurung yang lip lap lip lap ni xD )
nak dijadikan cerita , bukan aku sorang je yang bersemangat waja nak balik rumah bercuti panjang tapi semua pengguni asrama datuk bahaman pun sama laa wehh ! pada malam terakhir di asrama tu , macam-macam perkara yang tak pernah dibuat sepanjang tahun akan dibuat . perkara yang paling kami mintak dijauhkan akan didekatkan . haaa , acano tu kak peoh oii ? :O wahh , begini ya adik-adik , tahun lepas kan kak peoh dengan geng-geng diva of the problem ni calon PMR . maka , semua perbuatan kami tu agak terbatas , kononnya nak jadi budak baik laa gituu , tak buat masalah bagai , tak nak masuk bilik disiplin bagai , well , belaka pakat control ayu je , gelak kepit , jalan kepit , alahai baik laa sahhhhngatt ! kan ??
jadi , dipenghujung perjalanan kami sebagai "lepasan PMR" semua kerja gila semua nak buat , orang kata nak lepas gian kod ? ataupun dah meroyan ? eh ? what ever it is , semua kerja tak diterima dek akal ni akan dijalankan pada malam terakhir di asrama . jeng ! jeng ! jeng ! (masuk bunyi sound effect )
pada malam itu , semuaaaaaaa tak tidur . boleh dikatakan semua dah ada planning sendiri sebelum drama air mata , air hingus pada hari esok . yelaaa , kami masa tu form 3 kan ? tahun depan form 4 , jadi ada sebahagian dari kami akan berpindah ke sekolah lain . haaa ! tu yang sebak ya amat tu . 3 tahun membe wehh . tiba-tiba hilang . cedihhh laa iteee :'/ . aku ingat lagi salah satu "mende" yang kiteorang buat malam last tu ialahh , hehehehe *tanduk setan keluar*
err , kiteorang main mercun , balik dekat budak aspura ( budak asrama lelaki ) . tapi bukan dekat orang laa , dekat dalam bilik air je , saja nak kasi gegar itu telinga :3 . masuk ke blok A yang telah dikunci itu semata-mata nak cuci baju . ehh ? rajin nyee --' . dah sampai situ , main air laa pulak --'' letak sebotol nila dalam kolah dan tak sampai 5 minit air kolah tu pun bertukar biru . walawehhhh . naik semula blok asrama dengan baju yang lejut , ohh tak habis lagi , bila semua dah kumpul ramai-ramai belakang blok , kami buat obor-obor yang guna kertas tuu , bahagian ni cuak sikit sebab takut kertas berapi tu naik tinggi sangat . mampoihh kalau warden nampak :O . kalau nak cerita semua pun terlalu panjang . ini pun aku dah rasa melebihi had yang sepatutnya -.- .
sebenarnya aku nak post pasal..... err.... aku dah genap 3 bulan harini dengan heykal :D , mungkin ada yang kata "elerhhh tak laa lama sangat lagi" ataupun "tiga bulan pun dah nak kecoh?" . haa ! peduli apa aku ? suka hati laa nak update ape pun . ye dokk ? jadi aku akhiri post kali ini dengan ucapan semoga kau bahagia dengan aku . aku harap kita sama-sama pertahankan apa yang kita ada . assalammualaikum :)
tarikh kami mula melangkah :)




Meet the owner here 


