note to yourself sayang .
Monday, 3 September 2012 | 06:29 | 0 Comments
Assalammualaikum.
haii kawan ? post ni aku tuju khas dekat kau . special hanya untuk kau sahaja . nak cakap depan-depan , aku takut lidah aku berbelit je susun ayat . nak call kau , kalau aku tanya mesti kau kata "tak ada pape" . mesej ? ohh macam same je bunyinyaa . itu jugak yang aku baca dari text kau "tak ada pape" . sebenarnyaa dah lama sangat aku nak tahu apa maksud kau dengan "tak ada pape" ? mehh sini aku nak buat luahan dari hati ke hati . aku berharap sangat yang kau baca ape yang bakal aku tulis ni .
pertama , kenapa kita makin jauh ? aku tak kesah laa sama ada kita lain sekolah ke hapee , tapi kita pernah satu sekolah . pernah ada leopardz . kita buat kerja gila sama-sama . kita overnight sampai pukul 3 4 pagi dekat hostel sama-sama . kau tak rindu semua tuu macam aku rindu ke ?aku rindu moment kita gelak sampai keluar air mata , kita berebut makanan , kacau junior sampai nangis . setiap kali aku ingat balik memori tuu , aku teringat dekat kau . tapi aku tertanya-tanya . adakah kau ingat dekat aku ? kau tahu tak yang aku rindu kau ? tak . kau tak pernah ambil tahu semua perasan aku . yang penting kau ada budak leopardz yang lain . setakat aku ni , apa laa yang nak kau pandang sangat . kan ?
aku terasa sangat dengan kau . sangat-sangat ! . kau boleh in touch dengan membe kita yang lain . kau boleh bersuka ria dengan diaorang . tapi bila aku ada dalam kelompok tuu , kau jadi kaku . kau diam . kenapa ? dekat situ je , aku dah nampak yang kau tak sukakan aku . aku tak tahu laa apa yang aku dah buat dekat kau , tapi nampak sangat yang kau tak suka kehadiran aku ni . even nampak aku online pun , kau terus offline . dekat group fb , aku bace comment kau dengan budak lain okey je . tapi bila aku comment dekat situ , kau terus hilang . dekat twitter ? kalau aku mention pun kau tak balas , nikan pulak unmention kan ? aku cuba nak berborak dengan kau , tapi apa yang aku dapat kalau tiap kali aku mencuba kau balas dengan layanan yang sangat dingin . benci sangat ke kau dekat aku ni ?
kawan kita yang lain kau boleh je mention . kau boleh je chat . tapi aku ? entah laa . aku dah putus asa dah . aku tak larat dah nak berbaik dengan kau . aku penat . penat menagih kasih seorang sahabat . kalau aku suarakan rasa tidak puas hati aku , kau pangkah aku habis-habisan . belakang aku , macam-macam aku dengar orang cakap pasal apa yang kau kata tentang aku . tapi aku diamkan je . aku tak percaya sebenarnyaa ape yang aku dengar . kalau boleh biar laa aku dengar dari mulut kau sendiri walaupun pedih nak terima hakikat sebenar .
aku nak slow talk dengan kau . tapi macam mana ? aku dekatkan diri aku dengan kau , tapi kau jauhkan , kau renggangkan apa yang kita ada . kadang-kadang , kalau kita dengan yang lain . aku rasa janggal gila bila ada kau . padahal selama ni kita memang berkawan . takkk , sebenarnyaa , aku rasa diri aku ni tunggul je . tunggul yang hanya memerhatikan kegembiraan orang lain walhal dirinya tersimpan duka . kenapa kau buat aku macam ni ? apa salah aku dekat kau ?
jujur aku kata , yang aku cemburu tengok kau tersenyum . kau tersenyum hanya bila aku tak ada dengan kau . dalam diam aku menangis atas kegembiraan kau . kalau benar laa kau tak sukakan aku , cakap laa dekat aku . cakap laa kenapa ? dari dulu lagi aku tunggu jawapan dari persoalan ni . aku minta maaf sangat kalau selama ni aku buat kau terasa dengan percakapan mahupun perbuatan aku . mungkin dalam senyap kau terasa . dan itu yang buat kita jadi macam ni . kalau betul sangkaan aku , tolong maafkan aku , terima laa aku sebagaimana kau terima kawan kau yang lain . aku mohon . assalammualaikum .




Meet the owner here 


