"Aku Tak Akan Lupa Hari Ni" - Isni
Thursday, 13 September 2012 | 01:41 | 0 Comments
Assalammualaikum.
happy birthday isni ! untung laa ada orang nak suprisekan birthday kau . siap belanja kek ice cream lagi kan ? wiwitt :3 birthday aku tak ada orang nak suprise kan pun . kek pun tak ada orang nak belanja :'( . hadiah lagi laa tak hadoo nyee , sooooo sad you know ? haha . tapi tak apa laa at least orang sekeliling ingat tarikh kali pertama aku melihat dunia ni . itu sudah.... cukup-cukup sudahhhh *nyanyi* :D
back to our main point , ni haa . aku nak cerita kezutan-kezutan yang budak ni buat dekat isni . ceritanya begini , masa tuu dalam makmal kelas bio , cikgu fariza sedang sibuk membuka mukadimah berkaitan photosynthesis yang kiteorang baru nak belajar ni . aku ni biasa laa , kalau orang bercakap mula laa mulut ni pun nak bercakap sama . jadi aku pandang ke kanan aku , aku nampak isni tengah sibuk salin nota . hehe , maka keluar laa tanduk setan aku ni nak mengacau dia . aku pun....
aku : pstttt pstttt isni.. isni... (dalam keadaan berbisik) hehe .
isni : amende awok ni ? awok nak pinjam pen ke ? *sambil mengeluarkan pen dari bekas pensil dan bagi ke aku .*
mentang-mentang laa aku selalu pinjam pen dia , pandang aku nak bagi pen aje -.-''
aku : ishh ! bukan laa . aku malas nak salin nota dekat depan tuu , panjang sangat . hmm.. hmm.. boring laa , tak ada hot storry ke ?
isni : ohh , ingat nak pinjam pen tadi , hot storry ? mana ada laa . koi tak ambik port dekat hot-hot storry ni peoh .
aku : aduhaii , payah betul laa awok ni . haaa ! *sambil memetik jari* , ce awok cerita ape yang jadi masa birthday awok hari tuu , kamil tak ada bagi pape ke ? (kamil ni crush isni) hehe .
isni : hehehe , alaa peohh , malu laa nak cerita . koi segan :3
aku : *dalam hati* "ishh , mengada betul isni ni , nak cerita tuu cerita je laa -.-'' *aku berdehem sekejap* alaa . cerita laa , nak tahu jugak . ehh ? cerita eh ?
isni : alaa takan awok tak tahu ape yang budak ni buat ? mariam tak cerita ke ? eee ! jahat betul budak ni tau . diaorang pakat dengan kamil kenakan koi . rasa nak menangis masa tuu . kesian dekat koi ni .
aku : *dalam nada excited* haaaa ?? budak ni kenakan awok ? seriuss ? ehh . diaorang buat ape ? alaa , alaa , bagitahu laa .
isni : haha *sempat lagi dia gelak dulu* macam ni , lepas solat isyak tuu , tiba-tiba je budak ni beria iya ajak koi pergi dewan makan (isni ni budak asrama) , diaorang kata nak bagitahu something . koi cakap laa , "tak boleh bagitahu dekat surau ni je ke ?" budak ni kata tak boleh , kena dekat dewan makan jugak . masa tuu koi tak fikir ape-ape pun , koi ni dengan bendulnya ikut je laa budak ni pergi situ , sampai sana diaorang ajak koi duduk , koi pun duduk laa . budak ni pun cerita laa dekat koi pasal "kecurangan kamil belakang koi" .
perbualan pada malam ahad hari sabtu .
mimi : isni , aku rasa laa kan , baik awok jangan percaya sangat dekat kamil tuu .
isni : ah yee , kenapa pulok awok cakap macam tuu ?
nadirah : kiteorang ni sebenarnya wakilkan kamil je , dia yang suruh kiteorang bagitahu awok bende ni . dia kata dia tak sanggup nak bagitahu sendiri .
mariam : haa ! betul tuu , isni ? kalau awok nak tahu laa kan , kamil tuu mainkan awok je , dia mana ada hati dekat awok ni , dia kan pernah kapel dengan budak form 1 tuu , dan sebenarnya dia sayang minah tuu lagi . ishh kesian nyee awok ni isni .
isni : pedo'oh laa awok ni , korang jangan main-main . *masa tuu mata dia dah begenang dah.*
fareh : suka hati awok laa isni nak percaya ke tak , kiteorang ni menyampaikan aje , jangan nanti nasi dah jadi bubur dah laa . masa tuu jangan nak salahkan kiteorang tau ?
isni pun menunduk dan mula nak buat drama air mata dah . nasib baik aku tak ada , kalau aku ada laa , lagi teruk perempuan ni kena dengan aku , memang aku balun habis-habisan , bukan setakat air mata je keluar , hingus semua boleh keluar sama --'' . *masa tuu , zana pun pergi ke suis lampu dan plappp dewan makan tuu pun jadi gelap gelita* tapi isni tak sedar sebab orang tengah syahdu kan ? mana nak peka sangat dengan persekitaran dia .
tiba-tiba , ditengah kesepian malam sambil angin sepoi-sepoi bahasa menyapa tubuh mereka , kedengaran "HAPPY BIRTHDAY TO YOU , HAPPY BIRTHDAY TO YOU , HAPPY BIRTHDAY TO ISNI , HAPPY BIRTHDAY TO YOUUUUUU !!" yeahh , diaorang yang seramai 20 orang itu pun bertepuk tangan , isni yang tengah blur ni pun terpinga-pinga dan berkata...
isni : apa semua ni ?
ketika perasaan sedang bergolak , kamil masuk dengan cahaya lilin yang menerangi dewan makan tersebut bersama kek di tangan . setibanya di hadapan isni , kamil pun meletakkan kek di atas meja dan sambil melutut dia berkata...
kamil : *sambil menunjukkan cincin* would you be my girl ?
tapppp !!!! *aku tepuk meja*
aku : fuyooo isni ! boleh tahan si kamil ni . bahlee , dia melutut ? cehhh , tak boleh jadi betul laa mamat ni , aku pun tak pernah lagi lelaki melutut depan aku tau ? dapat cincin bohh , ptfffff , untung laa . haha .
isni : haha . biasa je laa peohh , tapikan birthday koi tahun ni memang koi takkan lupa . tuu laa awok tak ada sekali malam tuu , kalau tak mesti awok pun dapat makan kek kamil bagi tuu dengan budak ni .
aku : elerhhhh , saje nak bagi aku jeles laa tuu , tak apa laa nanti ada laa rezeki yang lain kowt . ehh ehh , dah laa cikgu dah pandang semacam je dekat kita ni . salin laa nota tuu cepat . lepas ni sambung dalam kelas kimia pulak . haha
isni : hyee . mengada laa awok ni , yelaa yelaa . k sambung kerja .
maka itu laa apa yang aku nak ceritakan untuk entry ni , isni tuu group mate aku . group bio dan kimia kebetulan cikgu aturkan kiteorang semeja , haha . panjang kan entry kali ni ? haa . harini aku tak pergi sekolah , demam . so . aku pun gunalah kebosanan aku ni dengan menaip kisah isni dengan kamil . owke sekian assalammualaikum :)




Meet the owner here 


