the storry .
Thursday, 2 August 2012 | 01:35 | 0 Comments
Assalammualaikum.
setiap pertemuan ada perpisahan dan setiap perpisahan bakal diganti . insyaallah . Allah telah mengatur jalan hidup setiap hamba nyaa dengan sempurna . kita merancang setiap perkara tetapi hanya Allah yang tentukan keberhasilannya . hikmah Allah tiada siapa yang tahu .
untuk capital A , saya cuma nak awak tahu yang saya dah penat sangat bergaduh dengan awak . dekat twitter kita tweet sambil memerli . di sekolah pula kita bagai orang asing walhal jarak kita terlalu dekat . kita tahu akan kewujudan masing-masing tetapi diri kita sendiri yang menidakkan nyaaa . saya tak wujud , awak pun tak wujud . bagus kan ? haha . rasa nak gelak pun ada bila tengok keadaan macam ni . tapi saya tahu ini bukan laa cara terbaik untuk berdamai :)
sekejap je masa berlalu . sedar tak sedar semua dah berakhir . antara awak dengan saya dah tak ada apa-apa . tapi perlu ke kita hidup dalam keadaan saling memusuhi ? saya tak pernah harap awak benci saya macam sekarang . saya cuma nak awak layan saya sama rata dengan kawan awak yang lain . macam rakan sekelas kita mungkin . kalau dulu awak sayang saya tetapi sekarang awak benci saya . kalau awak rasa itu yang awak nak . baik laaa . teruskan . bagi puas sikit hati tuu . takpee :)
kalau awak tak boleh terima saya sebagai kawan . tak mengapa laa . tapi jangan pula awak bergaduh dengan kawan awak pasal saya . (ohh disini mungkin ayat agak perasan sikit) tapi itulah kenyataan . dia yang ada untuk awak . susah senang awak cari dia . beruntung nyaa awak . dia seorang yang prihatin . kalau saya jadi awak , sampai bila-bila pun saya taknak hilang kawan macam tuu .
hanya kerana masalah kita , orang luar terlibat sama . tak perlu laa awak nak berpesan dekat mereka supaya jauh dari saya , sebab saya sendiri yang akan jauh dari situ . saya sedar kedatangan saya dalam hidup awak , dalam hidup kawan awak , cuma menyusahkan . hakikatnya , tengok laa sekarang . awak tersiksa sebab pernah kenal saya suatu masa dahulu kan ? tapi saya bukan begitu , saya gembira kerana pernah diberi peluang mengisi ruang hati awak :)
saya ucapkan terima kasih atas segala kebaikkan yang awak beri dan semua pertolongan sepanjang awak mengenali saya . halalkan makan minum saya yang datang dari duit awak . maafkan saya kerana tidak boleh menjadi seperti yang awak harapkan . mungkin betul ape yang awak cakapkan tuu "Aku setia kau buat mcam ni. Bila kau dah mula setia, aku harap kau buka mata kau bila kau dipermainkan." saya tak minta perkara tuu berlaku . saya juga tak minta awak cakap macam tuu dekat saya . kata-kata itu doa . saya minta awak doakan kebahagiaan saya , kejayaan saya sebagaimana yang saya doakan untuk awak bahagia dan berjaya . terima kasih :)
dalam harapan saya , semoga awak akan sentiasa kuat . awak tabah afif . kalau perempuan macam saya tak pandai hargai lelaki macam awak . saya harap bakal ada perempuan yang menjadi pengganti saya untuk diri awak nanti . semestinya yang lebih baik . kalau saya bukan yang awak harapkan . mungkin suatu hari nanti Allah temukan awak dengan pilihan Nya sendiri . yang sudah tentu dia jodoh awak . percaturan hidup kita di tangan Nya sangat cantik afif . saya minta maaf dari hujung rambut sehingga hujung kaki . mungkin ada yang awak terasa dengan saya . awak faham dengan sikap saya . awak sabar dengan perangai saya . saya pun manusia . tak pernah tidak berbuat salah . teruskan hidup awak . awak ada ramai orang yang memberi sokongan . awak bertuah . mama awak juga bertuah kerana memiliki anak seperti awak :)
ketahui laa yang saya tidak lupakan awak . jauh sekali membenci . cuma , segala percakapan kesat saya terhadap awak hanya berlandaskan perasaan marah dan sakit hati sahaja . kadang-kadang saya tersinggung dengan tweet awak . awak salahkan saya . dan jika betul pun , tak perlulah awak berterus-terusan memerli . "siapa makan cili dia terasa pedas nyaa" ye memang pedas pun dan ye saya terasa . awak berjaya buat saya terdiam . horeyy :)
mungkin ayat saya ni tak sesedap ayat di blog awak . tapi tak mengapa . saya cuma nak minta maaf je . saya harap awak faham keadaan saya . perasaan itu tak boleh dipaksa kan ? mungkin jalan hidup awak telah diatur dengan lebih baik olehNya . entry ni saya tak pasti samada awak membaca nyaaa atau tidak tapi ini laa ape yang saya cuba sampaikan . terima kasih afif . assalammualaikum :)








Meet the owner here 


