2 years ago . . . . hari raya :)
Monday, 13 August 2012 | 02:04 | 0 Comments
Assalammualaikum.
hari ni sepatutnya aku study math , sejarah & pendidikan islam untuk exam paper yang aku skip minggu lepas . sekarang jam tepat pukul 3 pagi . mata aku macam ada tongkat yang tahan dari tertutup . err tak boleh tidur tahu ? nak study tapi tiba-tiba minda aku teringat zaman lampau dulu . maka ianya terus hanyut dan hanyut dibuai masa . walawehh ayat . tak mudoh --'' . sastera ke ? agak laa :3 . hehe .
ape yang aku lamunkan ? haa . ni diaaaa . sekarangkan nak raya kan ? . so , otak aku tiba-tiba teringatkan suasana raya masa kechek-kechek dulu . k ulang tayang tadi ya ? haha . dulu masa bulan puasa , habis berbuka je terus sarung selipar keluar rumah main bunga api . bunga api je laa . mercun aku tak pandai --'' . kadang-kadang aku dengan sepupu aku cari surat khabar lama , bentukkan macam separuh bulat then , bakar . weeeeeee . kertas tuu pun akan naik ke atas macam obor-obor siap berapi-api lagi ohh . wahh , seronok bila menjadi . ekceli bangga :D
lepas main bunga api kita orang mesti bersidang atas rumput depan halaman rumah mak tih bercerita hantu . macam-macam nama hantu keluar . mentang-mentang bulan puasa , kiteorang pun bajet good good je berani . masa tuu pelita penuh dekat rumah . rumah pulak tak payah cakap laa . lampu belaka lip lap lip lap . siap bertanding rumah siapa paling menyerlah lagi . LOL --'' .
tiap malam beberapa hari sebelum raya . kakak dengan alang mesti buat kuih . bila aku kata tak sedap , dia orang kata aku comment je tahu . buat tak pandai . maybe sebab doa dia orang yang dulu itulah yang membuatkan adik kesayangan kamu berdua ini kurengg sikit bab-bab memasak . heee . siapa suruh mulut celupar ? haha :D tapi sekarang , kakak tempah je . cuma kalau nak puas makan sikit baru alang aku buat kuih sendiri . aku suka almond london . sedap nyee >.<
pagi raya pulak , aku paling excited bangun awal , bukan sebab nak ikut mak dengan abah sembahyang raya tapi sebab nak mandi , nak pakai baju raya , then nak dress up cantik-cantik . eeee , mengada-ngada nyaa aku --'' . tapi itulah hakikat nyaa . bila dah kumpulkan semua kerabat aku . kita orang pun jalan laa ramai-ramai pusing kampung . bila beraya tuu , kuih segala bagai tuu tak pandang sangat pun . duduk dalam 15 minit . k bisik-bisik kejap , 1 minit kemudian "makcik pakcik , kami nak balik !!" makcik tuu pun datang bagi 2 ringgit sorang . ehh , dulu 2 ringgit not bad laa kay ? sekarang ? haramm .__. dapat 2 ringgit muka macam hapee tah . tak bersyukur langsung . hehe . aku latuu :P .
tapi itu semua dulu . sekarang aku tak buat dah kerja gila macam tuu . lari sini , lari sana . tak ada masa aku nak main bunga api ahh . tak matang owkee ? cehh , macam sekarang matang sangat --'' . main mercun ? ohh no no . dari dulu memang aku tak pernah sentuh menda alah macam tuu . aku takut mercun :3 . hehe . aku jugak tak suka bunyi dia , memekak aje . bising tahu ? --'' . mandi awal ? k tak buat dah . aku akan jadi orang paling akhir mandi . paling akhir bersiap dan paling akhir makan . then , mak pun membebel blablabla >.<
tahun ni aku sentiasa berharap agar lebih baik dari tahun-tahun yang lepas walaupun tahun-tahun yang lepas tuu dah awesome dah . aku tetap nak yang ni lagi best punya . hehe . lagipun tahun ni aku banyak impian . nak beraya sana . nak beraya sini . dan semestinya dengan kawan-kawan aku . owkee . kita berhenti setakat di sini . ini pun terlalu panjang . tapi takpee . tak ada orang baca . tak ada orang kesah pun :')
by the way . tahun ni baju raya aku warna putih ditaburi manik-manik biru . hehe . suci bukan ? anyone serupa ? sila mesej aku . kita bercouple tahun ni xD .
![]() |
| mehh sini aku nak kenalkan salah seorang sepupu aku . yang ini nama dia aidil fitra . anak mak andak :) |
![]() |
| tiga gambar ni . kawan-kawan aku dari sekolah rendah . hmm . ini gambar masa raya 2010 . tapi sebenarnya tiap tahun dia orang datang . cuma tak bergambar je --'' |
![]() |
| sebenarnya masa aku form 2 laa ramai orang datang rumah aku . esya pun ada . comel kan :) |
![]() |
| dan ini anak saudara aku . si kembar rayyan dan reena . |










Meet the owner here 


